AMAL DI MAKKAH

Assalamu`alaikum wa rahmatullah...


Saya kini sedang bermukim di Makkah al-Mukarramah.  Buat tuan/puan yang mahu merebut peluang fadhilat beramal di Tanah Suci, berikut beberapa pilihan yang boleh saya tolong usahakan, in shaa ALLAH...


????  Waqaf al-Qur'an

????  Waqaf Kerusi Lipat

????  Waqaf Kerusi Roda

????️   Infaq Makan+Minum

????  Badal `Umrah**


(**Untuk badal `umrah, sila hubungi nombor di bawah terlebih dahulu untuk mengenalpasti kelayakan dan syarat penerimaan badal `umrah)



MUSHAF AL-QUR'AN yang disediakan di rak-rak masjid dibaca oleh para muslimin-muslimat dari merata dunia.  Mereka duduk i`tikaf di Masjidil Haram sambil mendampingi al-Qur'an samada melakukan tilawah, tadarus, menghafal atau mentadabbur.  Kelihatan di dalam ruangan solat ada sahaja manusia sedang membaca al-Qur'an pada waktu lapang atau sementara menunggu solat fardhu berjemaah didirikan.


 

KERUSI LIPAT adalah antara kemudahan yang sangat bermanfaat untuk jemaah khususnya buat warga emas dan orang yang uzur.  Ia dapat membantu para jemaah untuk duduk lama beriktikaf di dalam masjid, mengerjakan solat, baca al-Qur'an, berehat dan berbagai-bagai hajat.   Selain itu, ia turut digunakan oleh sebahagian jemaah dalam melakukan aktiviti berkumpulan samada menyampaikan tadzkirah, ceramah, taklimat ziarah atau muhasabah.


 

KERUSI RODA sangat diperlukan terutama oleh ahli jemaah umrah yang telah uzur, kepenatan, tidak sihat atau yang mempunyai masalah pergerakan.  Ibadah tawaf dan sa'i dimaklumi ramai ia melibatkan tenaga dan pergerakan yang banyak kerana jarak yang terlibat adalah sangat jauh, panjang dan memenatkan fizikal serta emosi.  Kerusi roda yang diwaqafkan akan diletakkan samada di Pusat Waqaf Khas yang terletak di dataran Masjidil Haram atau di hotel-hotel untuk digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.


PEK MAKANAN DAN MINUMAN diagihkan kepada muslimin-muslimat tanpa mengira apa pun latar belakang, negara, bangsa, rupa serta kedudukan mereka.  Bagi yang kesempitan wang dan putus bekalan, pemberian ini sangat melegakan mereka.




Semoga niat dan amalan kita semua diterima serta dibalas ALLAH dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.  Aamiin... ????????

Shahmuzir bin Nordzahir
http://wasap.my/6019-3826408/amal+di+Makkah
Makkah al-Mukarramah




“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon dari-MU akan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima” 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Waqaf Mushaf al-Qur'an (RM50 sebuah)
Waqaf Mushaf al-Qur'an BESAR (RM90 sebuah)
Waqaf Kerusi Lipat (RM50 sebuah)
Waqaf Kerusi Roda (RM550 sebuah)
Infaq Makanan dan Minuman (RM50 untuk 3 set)
Badal `Umrah (RM500)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

{ Contoh Nama Penuh} AHMAD FAHMI BIN KAMARUZZAMAN
{ Contoh Nama Penuh} AHMAD FAHMI BIN KAMARUZZAMAN
{ Contoh Nama Penuh} AHMAD FAHMI BIN KAMARUZZAMAN

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN