
TAHUKAH ANDA ?
✅ Pahala sedeqah jariah terus mengalir walau setelah meninggal dunia. ✅ Mewaqafkan naskhah al-Qur'an sangat disarankan oleh para ulama. ✅ Amalan waqaf adalah salah satu contoh baik sedeqah jariah. |
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pernahkah anda menemui keadaan-keadaan berikut?
- Masjid/surau yang naskhah-naskhah al-Qur'annya sudah terlalu dhaif keadaannya, koyak kulitnya, rosak helaiannya dan telah uzur.
- Naskhah al-Qur'an terpaksa dikongsi oleh pelajar-pelajar sekolah dalam sesi pembelajaran atau program-program khas al-Qur'an anjuran sekolah disebabkan kekurangan atau naskhah-naskhah al-Qur'an terlalu uzur untuk digunakan.
- Kekurangan malah tiada naskhah al-Qur'an yang mempunyai terjemahan BM di masjid-masjid, surau-surau, sekolah-sekolah, pusat-pusat pengajian, pusat-pusat dakwah dan rumah-rumah kebajikan.
Jika ya, maka usaha waqaf al-Qur'an yang diadakan ini adalah bagi membantu menangani sedikit-sebanyak masalah di atas.
Al-Qur'an yang diagihkan dalam usaha ini adalah yang mempunyai terjemahan BM kerana di samping menggalakkan orang ramai membaca al-Qur'an, usaha ini juga sangat-sangat berharap agar al-Qur'an yang diagihkan dapat membantu orang-ramai mentadabbur mesej-mesej yang terdapat di dalam al-Qur'an. Itulah harapan usaha ini.
Tambahan lagi usaha ini dapat memenuhi keperluan pihak-pihak tertentu samada dari pihak masjid, surau, sekolah, badan NGO dan lain-lain lagi yang memerlukan naskhah-naskhah al-Qur'an baharu disebabkan oleh kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti banjir, kebakaran, dimakan anai-anai dan seumpamanya. Juga dapat memenuhi keperluan sekiranya ada permintaan untuk kegunaan kelas al-Qur'an, bahan dakwah dan projek-projek khas berkaitan al-Qur'an.
Apakah kelebihan menyertai usaha ini?
Selain mengharapkan kebaikan di sisi ALLAH yang mana ia adalah tujuan paling utama usaha ini, ia juga dapat memberi kelebihan lain kepada yang menyertai. Antaranya ialah:
- Naskhah al-Qur’an dibayar pada harga yang lebih murah. Bukan pada harga jualan sebenar di kedai-kedai buku.
- Dapat menjimatkan wang, masa dan tenaga kerana tak perlu mengagih dan menghantar sendiri naskhah al-Qur’an ke masjid, surau, madrasah, sekolah atau pusat-pusat dakwah. Bahkan kos penghantaran samada melalui darat atau udara ditanggung beres.
- Urusan sangat mudah kerana boleh disalurkan melalui atas talian (online).
- Tiada caj pengurusan.
- Tiada mark-up harga.
- Naskhah al-Qur’an yang dipilih untuk usaha ini adalah dari edisi terkini, berkualiti, cantik dan disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Malaysia. Tambahan pula ia mengandungi pelbagai kelebihan antaranya mempunyai terjemahan BM, panduan berwarna hukum tajwid, tafsir ringkas ayat pilihan dan lain-lain lagi. Ciri-ciri ini diharapkan agar naskhah al-Qur’an yang disumbangkan menjadi pilihan utama para pembaca untuk menggunakannya dan memanfaatkannya.
- Dan lain-lain lagi.
Moga usaha ini dapat membantu tuan/puan yang berhasrat untuk menambah serta mempelbagaikan amal kebaikan dengan cara melakukan waqaf al-Qur'an dan buku agama. Platform ini menyediakan kaedah yang sangat mudah, berbaloi dan selamat, in shaa ALLAH.
AYUH SERTAI!
Mudah-mudahan usaha ini dapat memanfaatkan masyarakat sasaran dalam memperolehi naskhah al-Qur'an dan buku-buku agama yang baharu serta berkualiti.
Dan yang paling penting ialah semoga ALLAH terima ia sebagai amalan soleh yang dapat memberatkan timbangan amal kita pada Hari Akhirat kelak. Aamiin...
“Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon dari-MU akan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”
WAQAF NASKHAH AL-QUR'AN
Cara Perlaksanaan
Waqaf Naskhah Al-Qur'an
- Tuan/puan pilih bilangan naskhah al-Qur'an yang dikehendaki. Sebuah
RM55RM50 sahaja .
- Al-Qur'an yang digunakan untuk tujuan ini ialah al-Qur'an edisi al-Haramain terbitan Karya Bestari bersaiz B5 (atau setara) yang di dalamnya bukan sahaja mengandungi ayat-ayat al-Qur'an seperti al-Qur'an biasa, tetapi juga disertakan terjemahan dalam Bahasa Malaysia. Hasratnya ialah supaya pembaca bukan sahaja membaca al-Qur'an, tetapi juga dapat merujuk terjemahan supaya faham dan dapat menghayati mesej-mesej TUHAN di dalam al-Qur'an.
- Sila buat bayaran berdasarkan jumlah yang dikehendaki menggunakan kaedah bayaran pilihan tuan/puan.
- Setelah mendapat pengesahan bayaran, saya akan kumpulkan dan buat edaran mengikut kesesuaian tempat samada masjid, surau, sekolah, pusat pengajian, usaha dakwah dan lain-lain institusi, in shaa ALLAH. Keutamaan akan diberikan kepada pihak yang berhajat kepada naskhah al-Qur'an.
- Senarai agihan terkini boleh dilihat di pautan berikut:
- TAHUN 1446H (sila klik)
- TAHUN 1445H (sila klik)
- TAHUN 1444H (sila klik)
- TAHUN 1443H (sila klik)
- TAHUN 1442H (sila klik)
Semoga ALLAH berkati usaha ini dan mengganjari semua yang terlibat dengan kebaikan.
Semoga ia menjadi amal jariah yang berkekalan manfaatnya buat para penyumbang
dan memanfaatkan masyarakat menerusi naskhah-naskhah al-Qur'an dan buku agama yang diedarkan.
Terima kasih.
Shahmuzir bin Nordzahir (019-3826408)